Hos (rangkaian)

Dalam perangkaian komputer, hos rangkaian, hos internet, hos, atau nod internet ialah komputer yang disambungkan kepada Internet — atau lebih umum lagi, kepada mana-mana jenis rangkaian data. Ia boleh mengehoskan sumber maklumat serta juga perisian penggunaan untuk membekalkan perkhidmatan rangkaian.Setiap hos internet mempunyai satu atau lebih alamat IP yang diumpukkan secara unik kepadanya. Alamat itu diumpukkan baik secara insani oleh pentadbir komputer, atau secara automatik pada masa mula menerusi Protokol Tatarajah Hos Dinamik (DHCP).Setiap hos ialah nod rangkaian fizikal (iaitu peranti rangkaian), tetapi yang sebaliknya tidak selalu benar, iaitu bukan setiap nod rangkaian fizikal ialah hos. Peranti rangkaian seperti modem dan suis rangkaian biasanya tidak diumpukkan alamat hos, dan tidak dianggap sebagai hos. Peranti seperti pencetak rangkaian dan penghala perkakasan diumpukkan alamat IP, tetapi kerana ia bukannya komputer serba guna, ia kekadang tidak dianggap sebagai hos.